Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi

Jangan bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita 'heavy' di pawagam, sebaiknya, bergilirlah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.
raja muhammad faiz
22 Nov 2023, 01:29 PM

elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi

 

MEMBAWA bayi ke pawagam seolah-olah menjadi trend masa kini. Sesetengah ibu bapa sanggup membawa anak yang masih kecil seawal usia di bawah 6 bulan masuk ke pawagam tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada kesihatan bayi.

Menerusi perkongsian doktor yang popular di media sosial, beliau mendedahkan beberapa risiko yang bakal berlaku kepada bayi di bawah usia 2 tahun jika dibawa ke pawagam. Ikuti perkongsian ini.

Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.

1. Bunyi diukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa. Kalau bayi, pendedahan kepada bunyi yang kuat secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan.

2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.

3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.

4. Koyak. Bayangkan tengah syok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.

Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilirlah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.

Kredit: Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, Pengkritik filem kecil-kecilan

*Artikel asal disiarkan di Majalah Pa&Ma

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}