Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Tiada lagi pusingan kelayakan bagi Zii Jia!

Lee Zii Jia kembali ke undian utama pada saingan badminton akan datang! 

 

Pemain perseorangan lelaki itu diletakkan pada pusingan pertama pada tiga kejohanan yang  akan bermula pada Terbuka Macao minggu depan. 

 

Selepas Macao, Zii Jia turut bakal beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada.  

__ 

 

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang raih pingat emas acara pecut elit lelaki pada Kejohanan Trek Kebangsaan. 

 

Manakala Nurul Izzah Izzati rangkul emas bagi acara pecut elit wanita.  

__ 

 

Dan, tuan rumah bersama, Mexico memulakan kempen Festival Bola Sepak antarabangsa dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan A, awal pagi tadi. 

 

Ia juga menyaksikan kali pertama dalam sejarah tiga pemain terima kad merah dalam aksi pembukaan kejohanan berkenaan.  

 

Sebagai rekod, hanya empat layangan kad merah dicatat secara keseluruhan pada edisi 2022.

THR GEGAR Permata Pantai Timur