Beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin melonjak dua anak tangga untuk berada pada ranking ke-6 dunia!
Kejayaan itu susulan prestasi cemerlang mereka antaranya menjuarai Terbuka Indonesia baru-baru ini.
__
Nurul Izzah Izzati bantu Kedah pertahankan gelaran juara pecut berpasukan wanita elit pada Kejohanan Trek Kebangsaan dan Remaja Kebangsaan 2026 buat kali kelima berturut-turut.
The Pocket Rocketwoman itu akan mengalihkan tumpuan kepada acara individu pula yang akan berlangsung di Nilai, hari ini.
Sementara itu, Selangor rangkul pingat perak, manakala gangsa disambar Terengganu.
__
Dan, Real Madrid sah menamatkan perkhidmatan Álvaro Arbeloa sebagai pengendali pasukan.
Arbeloa yang menggantikan Xabi Alonso, Januari lalu meninggalkan Real susulan prestasi hambar pasukan musim ini.
Bekas pengendali Benfica, Jose Mourinho dijangka mengisi kekosongan jawatan berkenaan.