Skip to main content

Advertisement

SUKAN| SUKMA 2026 diteruskan dengan penjimatan kos sehingga 50%

SUKMA Selangor 2026 akan diteruskan Ogos depan dengan penjimatan sebanyak 50 peratus. 

 

Exco Belia dan Sukan Selangor berkata kerajaan negeri jangkakan kos penganjuran dikurangkan daripada RM100 juta kepada sekitar RM40 juta hingga RM50 juta.

 

Keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

__

 

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima pengiktirafan Book of World Records, iaitu anugerah penjenamaan berprestij di Malaysia dan rantau Asia-Pasifik.

 

Penghargaan itu susulan kejayaan The Pocket Rocketman menghadiahkan pingat emas acara keirin dan gangsa acara pecut individu pada kejohanan trek Piala Dunia 2026, baru-baru ini.

__

 

Dan, Arsenal tekad untuk bangkit pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid, minggu depan.

 

Penyerang The Gunners, Viktor Gyokeres berkata mereka akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sokongan penyokong amat ditagih.

 

Untuk rekod, Arsenal seri 1-1 dengan Atletico Madrid pada aksi pertama, awal pagi tadi.

THR GEGAR Permata Pantai Timur