
SUKAN| Skuad B-16 Perlu Disiplin Tinggi Menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2027
Presiden FAM ingatkan setiap pemain skuad bawah 16 Tahun negara supaya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan untuk beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-17 2027.
Sebaliknya Datuk Ab Ghani Hassan tuntut disiplin tinggi, kesungguhan dan komitmen mereka sepanjang jalani latihan serta pertandingan.
Beliau juga mahu pemain yakin untuk bersaing dengan mana-mana pasukan terutama apabila Malaysia mendapat kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada kempen kelayakan itu.
Skuad muda negara akan mulakan cabaran Kumpulan E menentang Palestin pada Ahad ini, diikuti Singapura, Guam dan India.
Kesemua perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak KL dengan hanya juara kumpulan akan layak automatik ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan.