
SUKAN| Pelaksanaan Kod Sukan Selamat Jadi Keutamaan KBS
Pelaksanaan Kod Sukan Selamat secara menyeluruh akan jadi keutamaan Kementerian Belia Dan Sukan khususnya untuk wanita serta golongan muda yang ingin ceburi bidang sukan.
Menterinya, Dr Mohammad Taufiq Johari berkata ia penting bagi tangani kebimbangan ibu bapa terhadap aspek keselamatan anak-anak mereka apabila terlibat dalam aktiviti sukan.
Beliau turut menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang berlaku dalam arena sukan