Juara empat kali, Jerman tersingkir seawal pusingan kalah mati Festival Bola Sepak 2026.
Ini selepas pasukan itu tewas 3-4 kepada Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti pagi tadi.
Paraguay seterusnya bakal harungi cabaran sama ada Perancis atau Sweden pada pusingan 16 terbaik, Ahad ini.
__
Aksi lain berkesudahan, Brazil tundukkan Jepun 2-1.
Casemiro berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sebelum Gabriel Martinelli jaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan.
__
Dan, pelumba pecut negara, Nurul Izzah Izzati memaklumkan pasukan negara kini berada pada fasa akhir persiapan menjelang Sukan Komanwel, bulan depan.
Ujar Izzah, latihan berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan walaupun kem berbasikal negara dihimpit isu di luar gelanggang ketika ini.