Skip to main content

Advertisement

SUKAN| Man United Kekal Di Zon Penyingkiran

Manchester United hampir dimalukan di laman sendiri.

Ini selepas skuad The Red Devils bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengikat Aston Villa 4-4 pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu menyaksikan United raih 1 mata namun mereka kekal berada di kedudukan tiga tercorot dengan mengumpul 8 mata selepas 10 perlawanan musim ini.

Aksi lain berkesudahan,

Liverpool belasah tuan rumah, Crystal Palace 3-1,

Manakala Sunderland mengejutkan Chelsea 1-0.

.....

Beralih ke bola sepak tempatan, JDT menepati ramalan apabila mara ke pentas akhir Piala FA.

Menurut Astro ARENA, skuad Harimau Selatan itu membelasah DPMM FC 6-1 pada aksi separuh akhir ke-2 semalam sekali gus mara ke final dengan agregat 8-1.

Dalam satu lagi aksi, Kuching City menewaskan Selangor 2-0 pada aksi timbal balik malam tadi sekali gus mara ke final dengan agregat 3-2.

.....

Skuad Bawah 16 tahun negara membuka kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun 2027 dengan langkah kiri selepas tewas 0-2 di tangan Palestin.

.....

Dan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menutup aksi GP Qatar dengan menduduki tempat ketujuh.

.....

Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!

THR GEGAR Permata Pantai Timur