
SUKAN| Malaysia Sedia Beri Tentangan Sengit Pada Piala Uber
Skuad badminton wanita negara sedia beri tentangan sengit apabila berdepan juara bertahan, China pada suku akhir Piala Uber hari ini.
Pengurus pasukan, Datuk Chong Juong Chain optimis barisan pemain akan berjuang habis-habisan untuk mara lebih jauh pada kejohanan itu.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama Malaysia pada peringkat suku akhir Piala Uber dalam tempoh 16 tahun.
Malaysia mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan B, manakala China muncul juara Kumpulan A.