
SUKAN| Malaysia Sahkan Slot Ke Suku Akhir Piala Thomas
Malaysia sahkan tempat ke suku akhir Piala Thomas.
Ini selepas skuad badminton lelaki negara tewaskan Finland 4-1 pada aksi kumpulan B.
Mereka seterusnya akan menutup saingan peringkat kumpulan berdepan Jepun, esok.
Sementara itu, hasrat skuad wanita negara untuk muncul juara kumpulan B bagi saingan Piala Uber tidak kesampaian apabila tewas 1-4 kepada Jepun.
Walaupun tewas, mereka sudah pun sahkan slot ke suku akhir selaku naib juara kumpulan.