Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah cipta sensasi apabila berjaya tempah tiket ke suku akhir saingan badminton Terbuka Australia.
Ini selepas beregu wanita muda negara itu mudah tundukkan gandingan tuan rumah dengan straight set.
Turut mara, pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh yang tewaskan wakil Ireland.
__
Dalam perkembangan lain, BAM akan melakukan lebih banyak kombinasi baharu beregu lelaki negara dalam usaha memburu gandingan terbaik menjelang Sukan Olimpik 2028.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan berkata ia bagi mengelak kem badminton terlalu bergantung kepada pasangan utama selain beri peluang kepada ramai pemain beraksi pada kejohanan besar.
Jelasnya lagi, pendekatan sama sudah lama diamalkan seperti China dan Korea Selatan yang kerap melakukan pertukaran pasangan sebelum menemukan kombinasi paling mantap.
Antara kombinasi baru, Soh Wooi Yik akan digandingkan bersama Man Wei Chong manakala Kang Khai Xing akan bergandingan dengan Aaron Tai pada saingan Terbuka Jepun.
__
Dan, Manchester City dilapor mengemukakan bidaan bernilai sehingga 120 juta pound selepas tambahan dan bonus untuk pemain tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson.
Bagaimanapun, Forest difahamkan meletak sekurang-kurangnya 120 juta sebelum tambahan, yang juga akan menjadi rekod perpindahan British yang baharu.
Rekod semasa untuk pemain British ialah 105 juta pound yang dibayar Arsenal kepada West Ham untuk Declan Rice pada 2023.