Cabaran kem badminton negara pada saingan Terbuka Australia berakhir.
Ini selepas beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah tewas straight set kepada gandingan Indonesia.
Sementara itu, satu lagi wakil iaitu pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh terlebih dahulu tersingkir pada suku akhir.
__
Dalam perkembangan lain, pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei akui menyimpan harapan untuk pertahankan gelaran juara dunia.
Ee Wei bagaimanapun sarankan pasangannya, Chen Tang Jie meneruskan perjuangan bersama gandingan lain jika dia tidak dapat kembali beraksi menjelang Kejohanan Dunia, Ogos ini.
Terdahulu, BAM sahkan Ee Wei alami kecederaan ACL yang memaksa dia dan Tang Jie menarik diri ketika berdepan beregu India pada suku akhir Terbuka Singapura, bulan lalu.
__
Dan, Korea Selatan bangkit daripada ketinggalan untuk catat kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech pada aksi pembukaan Kumpulan A Festival Bola Sepak antarabangsa.
Penyerang gantian, Oh Hyeon-gyu muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik skuad Taeguk Warriors.
Kemenangan itu meletakkan Korea Selatan berkongsi tiga mata dengan tuan rumah bersama, Mexico yang sebelum ini tewaskan Afrika Selatan 2-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.