
Lee Zii Jia menyifatkan pertemuan dengan Jepun pada aksi ketiga kumpulan B Piala Thomas esok, sebagai ujian sebenar buat dirinya dan skuad negara!
Bagaimanapun, pemain perseorangan lelaki kebangsaan itu tetap yakin dengan kemampuan rakan sepasukan untuk hadapi cabaran tersebut.
Terdahulu, Zii Jia menyumbang mata penting buat Malaysia ketika tewaskan pemain Finland dengan straight set sekali gus mengesahkan kemaraan ke suku akhir kejohanan berprestij itu.
Zii Jia turut muncul wira negara apabila menghadiahkan mata kemenangan pada aksi pembukaan Kumpulan B berdepan England.
__
Keputusan muktamad sama ada Terengganu kekal bersaing dalam kancah Liga Super atau Liga A1 Semi Pro musim depan akan diketahui selewat-lewatnya akhir bulan depan.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri yang meletakkan harapan tinggi agar penyokong skuad Penyu bersabar dengan tidak buat sebarang spekulasi.
__
Dan, Manchester United fokus untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.
Pengendali sementara United, Michael Carrick tuntut anak buahnya kekalkan momentum susulan kemenangan 2-1 ke atas Brentford pada aksi EPL, awal pagi tadi.
United kini menghuni tangga ketiga liga, hanya perlukan dua mata sahaja lagi daripada baki empat perlawanan untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara.