Rexy Mainaky ingatkan skuad badminton wanita negara agar tidak terlalu selesa!
Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara itu berkata cabaran lebih getir menanti skuad kebangsaan pada aksi suku akhir Piala Uber, esok.
Barisan pemain turut dituntut mengekalkan momentum serta semangat juang tinggi yang dipamerkan sebelum ini.
Untuk rekod, Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan, namun tetap mara ke suku akhir hasil dua kemenangan awal ke atas Turkiye dan Afrika Selatan.
__
Pengendali JDT akui anak buahnya beraksi pada bawah tahap kemampuan sebenar selepas menang tipis 2-1 ke atas Melaka pada aksi Liga Super.
Xisco Munoz berkata skuad Harimau Selatan sepatutnya boleh beraksi dengan lebih baik dari segi sikap dan corak permainan.
Susulan itu, beliau tuntut JDT bangkit meneruskan momentum cemerlang pada baki saingan musim ini.
__
Dan, Arsenal tekad mengekalkan momentum kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara berdepan Atletico Madrid, awal pagi esok.
Pengendali The Gunners berkata ia juga bagi meneruskan misi untuk merebut slot ke final sekali gus menebus kekecewaan musim lalu.
Untuk rekod, skuad kendalian Mikel Arteta gagal mara ke final musim lalu selepas tewas disingkirkan juara bertahan PSG pada aksi separuh akhir.
Ikuti aksi Atletico Madrid-Arsenal secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!