
SUKAN| Harimau Malaya Perlu Kekal Fokus Pada Piala ASEAN
Tan Cheng Hoe berharap skuad Harimau Malaya terus kekal fokus dengan tahap kecergasan terbaik menjelang aksi terakhir kumpulan Piala ASEAN berdepan Filipina.
Pengendali skuad kebangsaan itu berkata ia susulan ketiadaan 2 pemain iaitu Endrick dos Santos dan Jimmy Raymond ekoran kecederaan.
Tambah Cheng Hoe, skuad negara terpaksa meneruskan kempen dengan baki pemain yang ada susulan kesukaran untuk memanggil pemain lain yang sedang harungi kempen pramusim.