
SUKAN| Hakim Danish Ramli Puas Hati Tamatkan GP Belanda Di Tempat Ke-7
Muhammad Hakim Danish Ramli tetap berpuas hati apabila tamatkan perlumbaan Moto3 GP Belanda di kedudukan ketujuh.
Pelumba muda negara itu berkata dia berjaya menguruskan perlumbaan dengan baik walaupun jenteranya berdepan masalah cengkaman tayar.
Keputusan itu meletakkan Hakim Danish di tangga keenam kedudukan keseluruhan Moto3 dengan mengumpul 82 mata.
Minggu lalu, pelumba Moto3 kelahiran Terengganu itu cipta sejarah tersendiri apabila muncul juara GP Republik Czech.