Skip to main content

Advertisement

SUKAN| 2 Kejohanan Terakhir Penentu Hala Tuju Karier Zii Jia – Jurulatih

 

Jurulatih Lee Zii Jia menuntut pemain itu memanfaatkan peluang pada dua kejohanan terakhir musim ini dalam usaha kembali menembusi kelompok 32 terbaik dunia.

 

Jelas Liew Daren, sasaran itu penting bagi mengukuhkan kedudukan perseorangan lelaki negara itu dalam kejohanan utama, selain menjadi persediaan hadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik LA 2028.

 

Zii Jia dijadual beraksi pada pusingan kelayakan Masters Jepun hari ini, manakala lima lagi wakil termasuk beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan beraksi pada pusingan pertama.

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur