Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis memintas kapal misi berkenaan.
Tegas Perdana Menteri, ia bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah memperlihatkan kerakusan Israel dalam menutup ruang bantuan.
Setakat ini, lebih 100 aktivis termasuk 24 rakyat Malaysia dilapor ditahan selepas kapal-kapal misi Global Sumud Flotilla, GSF 2.0 dipintas tentera Zionis.
__
Kementerian Pendidikan memeterai kerjasama strategik untuk melaksanakan Program TVET dalam bidang AI di sekolah.
Menurut KPM, buat permulaan melibatkan lima Sekolah Berasrama Penuh sebelum diperluas ke sekolah lain pada masa hadapan.
Ia antara usaha kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran murid melalui penyediaan sijil profesional yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
__
Dan, penyebaran maklumat palsu, khususnya melibatkan isu kepentingan awam, boleh beri kesan negatif terhadap kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.
Justeru MCMC menasihatkan orang ramai agar sentiasa semak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi dan menggunakan platform dalam talian secara bertanggungjawab.
Ia susulan tindakan seorang wanita sebar berita palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel mengakibatkan dia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang.