Pakatan Harapan dilapor sedia bertanding di semua kawasan sama ada pada PRN mahupun PRU.
Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PH, ia sekiranya rakan gabungan mereka memutuskan untuk bertanding sendiri.
Namun beliau menjelaskan, masih ada ruang perbincangan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Terdahulu, PH Johor mengumumkan bakal bertanding di semua kerusi DUN pada PRN akan datang.
Ini selepas Pengerusi Barisan Nasional Johor memaklumkan bahawa BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN.
__
Dalam perkembangan berkaitan, kerjasama di peringkat kerajaan Persekutuan tidak akan terjejas oleh keputusan BN dan PH untuk masing-masing bertanding di semua kerusi DUN pada PRN Johor yang akan datang.
Pengarah komunikasi Pakatan Harapan, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan, ia adalah keputusan peringkat negeri dan tidak jejas kerjasama sedia ada mereka di peringkat pusat.
__
Dan, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen mereka berkuat kuasa hari ini.
Kedua-dua bekas menteri Kabinet itu berkata, mereka juga akan keluar PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia.