Skip to main content
BERITA| Peningkatan insiden libatkan pendaki, SOP perlu diperketatkan - Lee Lam Thye

Pihak berkuasa digesa jalankan semakan menyeluruh prosedur SOP aktiviti pendakian.

 

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia susulan peningkatan kes pendaki sesat, hilang dan cedera serta maut.

 

Perkembangan itu disifatkan sebagai membimbangkan sekali gus beliau menggesa langkah keselamatan lebih ketat bagi penyertaan aktiviti rekresasi itu.

 

Sejak kebelakangan ini, negara digemparkan dengan beberapa kes termasuk remaja perempuan yang ditemukan meninggal dunia di Hulu Selangor selepas empat hari hilang.

__

Sementara itu, Selangor terus catat jumlah kes pendaki sesat tertinggi di negara ini dengan kebanyakan insiden melibatkan kawasan pendakian dan rekreasi popular di sekitar Lembah Klang.

 

Menurut JBPM, kira-kira 50 kes melibatkan lebih 110 mangsa direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga bulan ini, berbanding 40 kes dengan 88 mangsa dalam tempoh sama tahun lalu.

__

Kementerian Pendidikan sambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung pelaksanaan baucar Buku Madani RM100.

 

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata inisiatif itu dijangka beri manfaat kepada lebih dua juta pelajar bawah KPM.

 

Tambahnya, ia turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membudayakan amalan membaca khususnya dalam kalangan generasi muda.

 

Baucar berkenaan akan disalurkan kepada pelajar dalam masa terdekat.

THR GEGAR Permata Pantai Timur