Skip to main content
BERITA| Kemuncak lebihan pendapatan rakyat Malaysia pada usia 44 - DOSM

Penduduk Malaysia mula merekodkan lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan penggunaan pada usia 29 tahun. 

 

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, tahap lebihan itu mencapai kemuncak pada usia 44 tahun, sebelum menurun secara beransur-ansur dan kembali catat defisit pendapatan sekitar umur 56 tahun.

 

Justeru, ia amat penting untuk rakyat merancang kewangan dan simpanan dalam tempoh lebihan sekitar 26 tahun bagi hadapi fasa defisit pada usia tua. 

__

 

Kira-kira 30 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Karamunting, Sandakan, awal pagi tadi.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

 

Ia berlaku kurang sebulan selepas tragedi kebakaran di Kampung Bahagia yang memusnahkan 1,000 rumah, 19 April lalu.

__

 

Dan, suspek kes pukul isteri sehingga menyebabkan mangsa keguguran di Kedah minggu lalu kini direman tujuh hari untuk siasatan. 

 

Terdahulu, polis memaklumkan suspek adalah individu sama dalam kes pukul isteri hamil sehingga koma di Johor pada 2021.

THR GEGAR Permata Pantai Timur