-->
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

'Walk-in' Untuk Warga Asing Di PPV Bukit Jalil Diganti Janji Temu.

Aug 22, 2021


'walk-in' untuk warga asing di ppv bukit jalil diganti janji temu.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengumumkan beberapa ketetapan baru susulan kejayaan operasi melonjakkan pemberian vaksin.

Bermula esok vaksin secara ‘walk-in’ untuk warga Malaysia di Lembah Klang diteruskan di 13 PPV tertentu sahaja.

‘Walk-in’ untuk warga asing yang dikhususkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pula digantikan dengan janji temu.

Manakala ‘walk-in’ bagi penduduk di negeri-negeri lain selain Lembah Klang berjalan seperti biasa mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Bagi individu yang terlepas suntikan dos ke-2, anda boleh ke PPV berdekatan kediaman.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 54 peratus individu dewasa di Malaysia sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19.
 

Jangan Salah Guna Keistimewaan & Kelonggaran

Jangan salah guna guna keistimewaan atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan!

Itu permintaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Tegas beliau, jika kita leka segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai akan sia-sia malah mungkin perlu bertempur sekali lagi dengan virus COVID-19.

Tan Sri Dr Noor Hisham juga mengingatkan, masih ada sebahagian populasi belum divaksin dan mereka mudah terkena jangkitan COVID-19.

Sementara itu, hampir 83 peratus daripada kira-kira 22 ribu kes baru semalam melibatkan individu yang tidak lengkap divaksin.
 

Muhyiddin Beri Sokongan Penuh

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO itu.

Datuk Seri Ismail Sabri mengunjungi Tan Sri Muhyiddin selepas beliau selesai mengangkat sumpah jawatan, petang semalam.



2,000 Pokok Hutan Ditanam di Bekas Kebun Durian Haram 

Lebih 2,000 pokok hutan dan buah pelbagai spesies ditanam di Hutan Simpan Kekal, Batu Talam, Raub yang sebelum ini diceroboh untuk dijadikan kebun durian Musang King.

Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, antara pokok itu ialah Meranti, Merawan, Beruas dan Sentul yang ditanam dengan bantuan lebih 130 sukarelawan daripada 23 NGO.

Program itu merupakan sebahagian daripada Kempen Penanaman 5 Juta Pokok@Pahang, yang bertujuan menghijaukan semula kawasan terosot di negeri itu.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca