← Back to list
Kerajaan Negeri Berhak Laksana Dasar Pendidikan Tinggi Percuma
Mar 06, 2024
Setiap kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma untuk anak jati mereka.
Ujar Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dasar itu boleh dilaksana mengikut kemampuan negeri terbabit.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rancangan kerajaan Sarawak untuk beri pendidikan percuma di universiti dan IPT milik kerajaan negeri untuk anak jati Bumi Kenyalang pada 2026.
---
Kementerian Komunikasi mengingatkan pengguna media sosial supaya waspada dengan sindiket yang sunting video pemimpin guna teknologi kepintaran buatan (AI) untuk tujuan penipuan.
Ia susulan penyebaran satu klip video papar Perdana Menteri bercakap mengenai satu skim pelaburan dengan jaminan pulangan lumayan yang disunting guna teknologi AI.
---
Polis sudah ambil keterangan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’.
Ketua Polis Negara berkata, kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca