
SUKAN| Danish Iftikhar Mara Ke Final 100 m Kejohanan Olahraga Remaja Dunia B 20
Danish Iftikhar Muhammad Roslee mara ke final acara 100 meter lelaki Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun di Amerika Syarikat.
Ini selepas pelari pecut muda negara itu tamatkan saingan separuh akhir di tempat kedua dengan catatan masa 10.36 saat untuk beraksi di peringkat akhir, esok.
Kejayaan itu sekaligus menyaksikan Danish Iftikhar muncul sebagai salah seorang daripada 9 pelari pecut terbaik dunia Bawah 20 tahun.