Manchester United memulakan kempen EPL dengan kekalahan.
Ini selepas skuad The Red Devils tewas 0-2 di tangan tuan rumah, Hull City yang baru kembali ke Liga Perdana Inggeris musim ini.
Aksi lain berkesudahan,
Tottenham tewas 0-3 kepada tuan rumah, Brentford,
Leeds menewaskan Nottingham Forest 1-0,
Ipswich mengalahkan Sunderland 2-1,
Manakala Everton menang 2-0 ke atas Crystal Palace.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Selangor membuka kempen Liga Super dengan kemenangan selepas menewaskan Kelantan Red Warrior 4-1 malam tadi.
Dalam satu lagi aksi, Terengganu raih 3 mata penuh di laman sendiri selepas mengalahkan Melaka FC 3-0.
.....
Johor meraih pingat emas acara bola sepak lelaki SUKMA selepas menewaskan tuan rumah, Selangor 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.
.....
Akhir sekali, beregu lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dijadual bertemu gandingan dari China pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia 2026 hari ini.
Tonton secara langsung Kejohanan Badminton Dunia 2026 bermula 3 petang ini, di Astro saluran 815 dan aplikasi Sooka.