Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Tip Kewangan

Tips Rebut Peluang KeEMASan!

Bukan sahaja boleh menjadi pendapatan tambahan yang menguntungkan, emas boleh diperturun kepada waris tanpa sebarang dokumen dan campur tangan pihak ketiga.

Setiap pelaburan pasti ada risikonya tetapi jika anda bijak merangka strategi dan mempunyai ilmu pelaburan yang luas, anda boleh untung besar. Tidak cukup sekadar menyimpan wang di tabung, anda boleh menyimpan sejumlah wang di bank, melabur dalam pasaran hartanah atau paling mudah membuat pelaburan emas.

Antara banyak-banyak pelaburan ini, pelaburan emas antara yang mudah dilakukan, tidak memerlukan modal yang banyak dan tentunya menguntungkan. Bagaimana mahu merebut peluang keEMASan ini melalui pelaburan emas?

#1 

Beli emas waktu harga jatuh. Jika membeli barang kemas untuk pelaburan, beli yang plain, tiada campuran atau saduran. Berbeza dengan mata wang yang mudah terjejas dengan inflasi, harga emas lebih stabil. Anda boleh beli syiling emas atau membeli emas di buku pelaburan.

 

#2

Beli emas dengan susut nilai paling rendah. Semakin rendah susut nilainya, semakin untung.  Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk jongkong atau syiling. Susut nilai barang kemas biasanya lebih tinggi.

 

#3

Pelajari teknik meramal harga emas. Kebiasaannya harga emas akan naik pada akhir tahun dan akan turun selepas Tahun Baru Cina. Jual emas anda ketika harga emas naik.

 

#4

Jika anda seorang peniaga dan memerlukan modal pusingan perniagaan dengan cepat, anda boleh memajak emas di Ar-Rahnu untuk dapatkan wang untuk perniagaan anda! Ini merupakan salah satu alternatif, jika pembiayaan perniagaan mengambil masa yang lama untuk di proses. ​

 

#5

Usah pajak kesemua emas anda serentak. Lakukannya secara berperingkat supaya jika rugi, anda tidak jatuh terduduk dan masih mempunyai ‘aset’ untuk menebus emas yang dipajak. Usah terlalu mengejar keuntungan, bimbang apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

 

Jika anda masih ragu-ragu dengan pelaburan emas, inilah masanya untuk bertindak. Sertai Kempen Emas 1 Kilo yang julung-julung kali diadakan Bank Rakyat. Kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Ar-Rahnu selain memberi peluang pelanggan dan orang ramai lebih mengenali dan memahami produk ini.

Kata orang tak kenal maka tak cinta, jika dah kenal akan lebih ramai yang menggunakan khidmat Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dan bawa pulang pelbagai hadiah menarik.

tips rebut peluang keemasan!

Pelanggan dan bakal pelanggan Ar-Rahnu hanya perlu memajak gadai emas untuk peluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Tidak kiralah berapa jumlah emas yang dipajak atau berapa lamakah tempoh pajakan. Selagi anda menjadi peminjam sepanjang kempen berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Julai 2018, anda layak menyertainya.

Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan bernilai hampir SETENGAH JUTA RINGGIT dengan HADIAH UTAMA berupa 1 KILO jongkong emas menanti pemenang bertuah. Apa tunggu lagi? Bertindaklah sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}