Tepat jam 7:07 malam, 21 September 2021, Ayda Jebat selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 2.77 kg.
Beliau dikhabarkan terpaksa bersalin secara pembedahan seminggu lebih awal atas faktor bayi songsang.
Takpelah, janji sekarang semuanya sudah selamat. Kami di GEGAR doakan semoga Ayda dan Baby Wuvv (nama timangan) sentiasa dilindungi dan dipermudah segala urusan.
Buat Nabil, selamat menjalankan tugas menjadi seorang bapa!
Sumber: Ayda Jebat