Pelakon Betty Rahmad menghiburkan hati netizen apabila pergi ke pasar raya dengan memakai kostum dinasour.
Menerusi laman Instagram, Betty memuat naik satu video ketika berda di pasar raya dengan berpakaian seperti dinasour untuk tatapan umum.
“Siap draw map dulu n susun nak beli barang apa dulu target less than 15mins dalam supermarket (berjaya).
“Sebelum keluar rumah i fikir yeah nanti ada orang akan pelik & pandang takpe lah janji aku rasa confident dalam tu & tak kacau orang.”
Rakan-rakan selebriti juga terhibur dengan gelagat lucu Betty dan ruangan komen dibanjiri dengan tulisan positif.
Kini video Betty Rahmad mendapat 277,963 tontonan.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Instagram