Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Cerita Kedai Kopi

5 Peringatan Yang Mak Selalu Bagi Masa Kita Kecil Dulu

Betul atau tidak?
Editor
09 Sep 2019, 12:00 AM

5 peringatan yang mak selalu bagi masa kita kecil dulu

Kredit: Shutterstock

Mak mana yang tak pernah membebel dengan anak-anaknya? Dah nama pun mak, dia pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Tak kiralah jika anda dibesarkan oleh mak kandung, mak tiri, atau mak angkat, anda barangkali pernah diberi nasihat atau amaran masa kecil-kecil dulu demi kebaikan anda, tak kira betapa mengarutnya nasihat itu.

Ini merupakan lima amaran yang sering diberi oleh para ibu ketika kita kecil dulu:

#1 “60% orang yang main game sekali-sekala, tumpuan minda tajam macam laser.” (Sumber: Data Mak Aku)

Siapa yang masa kecil dulu selalu main video game dari siang sampai malam, terutama masa cuti sekolah? Mak dah penat membebel jangan main lama sangat, sampai ugut nak rampas video game tu!

Nak tau kenapa masa kecil dulu macam ni? Sebab kebanyakan dari kita rasa tertekan dengan pembelajaran di sekolah, jadi video game merupakan hobi yang membantu kita melepaskan tekanan.

Hobi sememangnya membantu dalam melepaskan tekanan dan meningkatkan tumpuan minda. Sesibuk mana pun anda, jangan lupa rehatkan diri dengan melakukan hobi.

Kalau tiada hobi, anda boleh lakukan hobi baru dengan membuat matlamat mingguan (tandakan ia di kalendar), tetapkan keutamaan bagi hobi tu (utamakan diri anda setelah habis waktu bekerja), dan bina bakat baru dengan mengambil kelas atau belajar sesuatu yang baru.  

#2 “57% akak yang rajin bersenam boleh maintain sabar dan rileks je bila nampak suami ter-usyar awek lain.” (Sumber: Data Mak Aku)

Macam-macam cara yang mak kita buat untuk memastikan yang kita sentiasa sihat dan bergerak aktif. Selain daripada menyihatkan dan menguatkan lagi tubuh badan, aktif secara fizikal sebenarnya juga membantu kita dalam mengawal minda, terutamanya dalam membuat hal-hal yang menakutkan atau mencabar emosi, seperti memanjat gunung yang tinggi atau skydiving. Jom bersenam dan hidup aktif!

#3 “80% orang yang bangun awal makan sarapan, boleh jadi bos besar.” (Sumber: Data Mak Aku)

Kalau bangun tidur lambat, tak sempat nak sarapan pagi. Mesti mak anda selalu bising kan dulu, sebab anda selalu sangat terlepas sarapan pagi?

Kalau anda selalu tak sempat nak bersarapan, cuba bangun satu jam lebih awal dari biasa. Sediakan hidangan sarapan anda pada malam sebelumnya, jadi taklah terkejar-kejar esoknya. Bagi anda yang memang betul-betul tak ada masa, boleh simpan stok nutritious bar di laci meja di tempat kerja anda.

#4 “90% orang yang menabung dulu sebelum beli kereta mewah, boleh duduk rumah besar macam istana” (Sumber: Data Mak Aku)

Masa kecil dulu kebanyakan dari kita tak faham dengan konsep menabung dan betapa susahnya mencari rezeki, jadi kita selalu boros dan beli macam-macam mainan dan kudapan di kedai runcit. Mungkin sifat boros ni terbawa-bawa sampai sekarang, tapi belum terlambat untuk anda berjimat.

Mulakan dengan menyimpan wang untuk persaraan. Di samping itu, pantau setiap perbelanjaan anda. Kurangkan perbelanjaan atau potong mana-mana yang patut. Lepas dah ada sedikit wang, anda boleh gunakan ia untuk pelbagaikan pelaburan, dan ini termasuklah pelaburan hartanah.

#5 “100% orang yang buat pelan perlindungan boleh hidup selesa bak raja.” (Sumber: Data Mak Aku)

Masa kecil dulu mak kita selalu bagi galakan untuk buat perancangan, tak kiralah dari segi kewangan ataupun kehidupan. Perancangan awal boleh melindungi anda daripada bencana yang membebankan. Anda boleh mula membuat perancangan kewangan daripada sekarang.

Gunakan kad kredit secara berpada-pada dan elakkan diri daripada membeli mengikut emosi. Pastikan anda simpan sedikit wang untuk kecemasan (contohnya seperti kereta rosak), dan cuba lihat jika terdapat sebarang perbelanjaan atau langganan kurang penting yang anda boleh tukar atau potong, seperti pelan Internet atau langganan penstriman filem.

Dengan membuat penukaran atau potongan terhadap perkara yang tidak perlu, anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk disimpan. Apa kata anda laburkan wang yang lebih itu dengan mengambil pelan insurans takaful mengikut keperluan dan bajet anda?

Pelan insurans takaful seperti AIA Takaful menawarkan beberapa perlindungan takaful untuk diri sendiri, contohnya seperti:

  • Perlindungan perubatan
  • Perlindungan bagi penyakit kritikal
  • Simpanan dan pelaburan
  • Perlindungan bagi kemalangan
  • Insurans motor

Usaha dengan takaful ialah pelengkap tawakal anda! Ditaja oleh AIA PUBLIC TAKAFUL Bhd. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web AIA.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}