July
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Tarikh: 27-April-2019


JOM DERMA DARAH


Tarikh: 27-Apr-2019 - 27-Apr-2019
Lokasi: -

Klinik Thaqif dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan mengadakan Kempen Derma Darah pada 27 April 2019 (Sabtu) pada jam 11 pagi hingga 4 petang yang bertempat di Tesco Kajang. Anda semua dijemput hadir bagi menjayakan Kempen Derma Darah tersebut. Keperihatinan dan sokongan anda amat kami hargai.

Ink to heart


Tarikh: 27-Apr-2019 - 27-Apr-2019
Lokasi: -

Kami akan mengadakan CSR aktiviti untuk kartunis di Malaysia,dengan kerjasama rumah kartun Malaysia pada 27 April 2019. Aktiviti ini bertujan mengumpul dana untuk kartunis di Malaysia serta dapat meningkatkan kesedaran tentang kartunis di Malaysia.Tambahan pula,bulan April ini merupakan Hari kartunis malaysia.

Pameran Fotografi Anjuran Malayan Railway Fan Club (MRFC).


Tarikh: 27-Apr-2019 - 27-Apr-2019
Lokasi: -

Bersempena program KTMB dan Anda pada 27/4/19, Malayan Railway Fan Club (MRFC) akan mengadakan pameran fotografi mengenai keretapi di Malaysia bertempat di Level 2, Lobi Utama, KL Central. Terdapat juga koleksi pelbagai model keretapi berskala kecil dipamerkan. Orang ramai dijemput hadir.

Career Entrepreneur Skills And Festival 2019 (CESF19)


Tarikh: 25-Apr-2019 - 28-Apr-2019
Lokasi: -

CESF'19 merupakan Career, Entrepreneurship and Skills Festival yang julung-julung kalinya diadakan pada April 2019. CESF'19 ialah Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Kemahiran yang diadakan di UMT bagi memberi peluang kepada graduan yang mencari pekerjaan, pengusaha yang mencari peluang keusahawanan serta menambah kemahiran yang sedia ada.

PERKHIDMATAN KAUNTER KHAS KETIKA BERURUSAN DI KAUNTER JPN


Tarikh: 11-Apr-2019 - 31-Dec-2019
Lokasi: -

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan perkhidmatan kaunter khas bagi pelanggan kategori warga emas, OKU dan ibu mengandung ketika berurusan di kaunter JPN seluruh Malaysia. Aplikasi InfoQJPN dapat membantu orang awam merancang kunjungan ke JPN dengan mengetahui maklumat bilangan pelanggan yang menunggu di satu satu pejabat JPN.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95433888 atau lawati https://gegar.my

 

Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di feedback@gegar.my . Atau faksimili di talian 03-95433888

 

Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.