“Jom masak dan menang dengan Campur, Campur, Siap!” - Pak AJI™

Memasak kini lebih mudah

Kenal tak Pak AJI™? Rakan yang mesra dari Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Pak AJI™ adalah simbolik bagi AJI-NO-MOTO® Penambah Perisa dan sentiasa menjadi rakan yang diyakini dalam menyediakan sajian lazat di rumah. Kini Pak AJI™ akan memberi inspirasi kepada ibu-ibu tentang cara memasak makanan yang lazat dan sihat dengan cara Campur, Campur, Siap! Anda tak ada masa? Rileks! Sebenarnya ada cara yang mudah untuk menyediakan makanan yang seimbang dengan daging dan sayur-sayuran. Dan yang paling bagusnya… anak-anak pun suka walaupun ada sayur-sayuran!

Protein + Sayur = Sajian seimbang

Sayur-sayuran seperti labu, brokoli dan kubis bunga adalah tinggi khasiatnya. Kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi fitonutrien dan antioksidan untuk membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak.
Kanak-kanak yang sedang membesar juga perlukan protein. Jadi tambahkan sedikit ayam. Protein memberikan kekuatan dan membina pertumbuhan sel-sel dan otot mereka.

Sajian sihat pun sedap

Tak guna masak sajian sihat kalau keluarga tak makan, betulkan? Sebab itu Campur, Campur, Siap! adalah cara untuk pastikan hidangan sentiasa sihat dengan rasa yang lazat.
Tambah daging, sayur-sayuran, dan kemudian tambah AJI-NO-MOTO®... dan mmmm... rasanya pasti menyelerakan anda.

Secubit membangkit perisa secara asli

AJI-NO-MOTO® diperbuat daripada apa? Ubi kayu dan tebu. Ini adalah bahan-bahan semula jadi untuk mewujudkan rasa lazat yang unik bagi menambah perisa masakan anda. Hanya secubit dan lihat bagaimana ia membuka selera.

Keluarga lebih erat dengan rasa lebih lazat

Campur, Campur, Siap! menjadikan masa makan seisi keluarga lebih bermakna. Apabila anda menyajikan gabungan sihat dan lazat, setiap ahli keluarga dapat bersama-sama menikmati kelazatan hidangan. Inilah saat yang tidak ternilai!