Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

"Gaji Siswazah di Malaysia Makin Turun" Oh! Sungguh Pahit Nak Ditelan

Mar 28, 2019


Gaji biasanya makin naik kan? Macamlah harga barang dan kos sara hidup.

Tapi percaya atau tak, gaji siswazah di negara ini makin turun!

Boleh tahan sedih penulis bila dapat maklumat ni daripada Laporan Tahunan Bank Negara 2018.

Dalam laporan ini menyatakan secara purata gaji permulaan bulanan untuk lepasan diploma turun daripada RM1,458 pada 2010 kepada RM1,376 pada tahun lepas.

Gaji permulaan untuk lepas ijazah sarjana muda juga turun daripada RM1,993 kepada RM1,983 juga untuk berbandingan dengan jarak masa 8 tahun.

Manakala pemegang ijazah sarjana raih purata gaji RM2,707, penurunan ketara daripada gaji RM2,923 pada 2010!

Trend penurunan gaji ni antaranya menunjukkan ekonomi negara tak mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi mencukupi untuk siswazah.

*foto sekadar hiasan

 

Untuk lulusan PT3 dan SPM, nampaknya anda lebih bernasib baik.

Sebabnya gaji permulaan pekerja berkelulusan PT3 dan SPM masing-masing meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 2.3 peratus. Boleh tahan tinggi naiknya tu.

Antara sebabnya adalah pelaksanaan upah minimum yang sokong peningkatan gaji golongan itu sekaligus mengurangkan jurang gaji berdasarkan tahap pendidikan.

Untuk lebih pemahanan jom kita tengok kajian Khazanah pula.

95 peratus pekerja muda di negara ini sedang melakukan pekerjaan yang tak perlukan kemahiran.

Manakala 50 peratus pekerja yang melakukan pekerjaan berkemahiran rendah sebenarnya mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada yang diperlukan.

Oleh sebab tu, walaupun seorang siswazah, pekerja terpaksa terima dan buat kerja yang tak perlu tahap pendidikan tinggi.

Ada kesan baik tapi jangan biarkan kesan buruknya. Kalaulah keadaan ni tak ditangani, golongan muda kat Malaysia nanti akan kurang berminat nak melanjutkan pengajian.

Lagi teruk, akan wujud pulak masalah 'brain drain'. 

Ha yang ni memang pedih sebab orang berkemahiran tinggi dan profesional akan berhijrah ke luar negara sebab nak dapatkan gaji dan peluang lebih baik.

Hmmm...macam manalah nanti kan kalau isu ni takde kesudahan. Eh, jomlah 'lepasan U' kita berniaga 'online' ke sementara tunggu peluang kerja sesuai.

Kalau berniaga 'menjadi' kita pulak jadi boss, bagi kerja kat siswazah tapi dengan gaji sesuailah. Tak naklah gaji pun main diskaun-diskaun.

Siswazah pulak, kalau dah akademik cantik kat kertas, buktikan kat boss kemahiran kita pun sepadan dengan gaji yang kita mintak. 

*Tak lama lagi Ramadan, lepas tu raya, nak berniaga kuih raya dan kerepek pun OK (foto sekadar hiasan)

 

Jadi sementara tunggu kerja idaman asahlah bakat, carilah pengalaman. 

Kat hujung sekali penulis nak pesan, Allah Maha Pemberi jadi jangan lupa usaha banyak-banyak. Doa pun banyak-banyak.

 

Oleh: KJ

Foto: AWANI & internet


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca