Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Penjenayah Seksual, Anda Diperhatikan!

Mar 27, 2019


Bermula Isnin ni mak ayah dah boleh periksa latar belakang pengasuh anak-anak.

Macam mana caranya? Mudah je, hanya perlu datang ke pejabat JKM negeri atau daerah dan serah nombor kad pengenalan atau nombor passport individu yang anda nak periksa.

Sebenarnya semalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lancar satu sistem ni dinamakan 'eDKK'. 

Nama asal sistem ni memang panjang, ha nindia 'Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak'.

Sistem ni boleh diguna bukan sahaja oleh mak ayah, mama papa dan ummi abi tapi sesiapa yang berkaitan dan ia PERCUMA.

Bakal majikan pun boleh kalau anda pemilik taska. Yelah, nak tahu juga kan bakal pekerja kita ni bersih ke tak 'track recordnya'.

Tapi, ya ada tapinya...semakan ni hanya beri 2 jawapan iaitu ada rekod atau tiada rekod.

Butiran lanjut kesalahan yang dibuat takkan didedahkan sebab ia dah kira maklumat sulit dan persendirian.

Betullah tu. Yang penting kita tahu yang nak jaga anak kita nanti orangnya bersih daripada jenayah seksual.

Setakat ni sistem ni menyenaraikan lebih 3,000 nama pesalah jenayah seksual yang disabitkan kesalahan sejak 2017.

Ha ni satu lagi peringatan. Bila dah sah pengasuh anak kita tiada rekod buruk, janganlah pula kita lepas tangan terus. Simpan sikit curiga. 

Sebab apa? Sebab penjenayah seksual ni mesti ada kali pertama dia buat salah kan...

 

Kat hujung-hujung ni penulis nak pesan satu je lagi, kerajaan dah beri kemudahan jadi kita gunakanlah. 

Harap-harap 'eDKK' dapat bantu kurangkan kes-kes jenayah seksual terhadap anak-anak kita.


Oleh: KJ
Foto: AWANI dan Internet


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca