Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Jho Low Sudah Ditahan?

Jun 02, 2019


Jho Low Belum Diberkas

Laporan mengatakan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low sudah ditahan pihak berkuasa China adalah tidak benar.

Ketua Polis Negara memaklumkan, buat masa ini pihaknya masih berusaha bawa pulang ahli perniagaan kontroversi itu yang dikehendaki berkaitan skandal 1MDB.

Ia susulan tersebarnya mesej mengatakan Jho Low sudah ditahan dan akan dihantar pulang ke Malaysia menggunakan pesawat TUDM.

Lepasan SPM akan bakal ada panduan untuk pilih kursus pengajian dan kemahiran.

 

Hanya Ada 2 Kes Jual Barang Kawalan Aidilfitri Melebihi Harga Siling

Secara keseluruhan para peniaga mematuhi peraturan kawalan harga sempena Aidilfitri yang sedang berkuat kuasa.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini tidak sampai 130 kesalahan direkodkan di bawah skim kawalan harga berkenaan.

Majoritinya disebabkan gagal letak tanda harga khas merah jambu dan hanya ada 2 kes peniaga jual barang kawalan melebihi harga maksimum.

Sementara itu hampir 400 pasar tani di seluruh negara kini beroperasi selama 5 hari sehingga Selasa ini di bawah program 'Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani'.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanu, ia bertujuan bantu pengguna dapatkan barangan segar seperti daging, ayam dan sayuran pada harga berpatutan.

 

Portal Khas Bantu Lepasan SPM Pilih Kursus Sesuai

Kementerian Pendidikan memaklumkan Berita Harian, pihaknya dijangka lancar portal yang bantu mereka pilih kursus sesuai dengan minat, pencapaian, juga peluang kerja.

 

Pelajar hanya perlu memasukkan nombor MyKad untuk mendapatkan rekod semua keputusan peperiksaan sejak Tahun 1 juga rekod kegiatan kokurikulum.

Ia bertujuan elak salah padanan pengajian yang akhirnya menyebabkan lepasan universiti dan institusi susah dapat kerja.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca