-->
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Lengkap Vaksinasi Boleh Solat Jemaah di Masjid & Surau.

Aug 09, 2021


lengkap vaksinasi boleh solat jemaah di masjid & surau.

Kelonggaran rentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 beri banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan.

Begitu juga kelonggaran untuk ibu bapa berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, ini kerana anak-anak yang sedang membesar tidak seharusnya terpisah terlalu lama daripada ibu bapa.

Beliau turut memberi jaminan bahawa cadangan dan rintihan semua pihak termasuk yang diluahkan di ruangan komen akaun media sosial beliau akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan sejumlah kelonggaran dan kemudahan untuk untuk individu yang telah lengkap divaksin.

Antaranya solat berjemaah di masjid dan surau dibenarkan di seluruh negara tanpa mengira tahap fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi penduduk di negeri yang berada dalam fasa 2 PPN dan seterusnya, melancong dalam negeri turut dibenarkan.

Begitu juga kemudahan makan di premis atau ‘dine-in’.

Negeri dan wilayah yang berada dalam fasa 2 PPN dan ke atas ketika ini ialah semua negeri di Pantai Timur, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Perlis dan Labuan.

Semua kemudahan tersebut mula berkuat kuasa esok.

 

Rayuan Kelantan Menjelang Tengkujuh

Kelantan merayu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan segera permohonan sejuta dos vaksin COVID-19.

Jelas kerajan negeri, ia penting bagi mencapai imuniti kelompok untuk menyelamatkan nyawa rakyat di negeri itu sebelum berdepan musim tengkujuh yang akan bermula Oktober nanti.

Kelantan juga sasar 40 peratus penduduknya dapat divaksin menjelang akhir bulan ini jika bekalan vaksin dapat diperoleh mengikut jadual.

 

Sarah Pergi Jua

Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat COVID-19 meninggal dunia.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.00 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Allahyarhamah Siti Sarah meninggalkan 4 anak yang masih kecil termasuk bayi yang terpaksa dilahirkan awal secara pembedahan baru-baru ini.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca