Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

United keluar masuk guaaaaa...

May 23, 2019


United Oh United !

Tahniah Manchester City kerana berjaya pertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris!

Tidak lupa juga kepada Liverpool, yang berikan saingan hingga ke penamat dalam pemburuan trofi EPL.

Takpe, dah 29 tahun tak menang liga, apalah salahnya genapkan jadi 30 tahun kan?

Lagipun, Champions League final kan ada lagi - lawan Tottenham. Takkan lah tak boleh menang kan?

Final Liga Eropah juga menyaksikan saingan kelab England, Chelsea Vs Arsenal.

Ini first time jugak final kedua-dua kejohanan Eropah ini didominasi kelab-kelab dari negara sama.

Kejap... Manchester United mana?

Bak kata penyokong Liverpool, dari tangga ke-6 dia datang ke tangga ke-6 dia kembali. Hmm.

United Oh United! Apa dah jadi ni?

Duduk nombor 6, tak layak Champions League lagi, tak ada piala. Sekadar mengenangkan sejarah je lah, macam Liverpool.

6 tahun Sir Alex Ferguson tinggalkan United dan 6 tahun jugak lah Old Trafford gagal dihiasi trofi EPL baru.

Banyak sungguh nombor 6 ni untuk United.

So, di manakah salah dan silap United yang kita semua tak boleh nak maafkan?

- Pengurusan lemah? 

- Salah pilih manager? 

- Salah pilih pemain?

- Pemain lemah mentality?

 

Untuk kelab besar seperti United ni, 6 tahun tak menang liga ni merisaukan memang merisaukan, lebih-lebih lagi kepada penyokong setianya.

Macam-macam cara dah dibuat untuk memperbaiki prestasi mereka.

Tukar pengurus? Sudah! 4 pengurus dalam tempoh 5 tahun, sama macam Chelsea.

Bezanya, Chelsea dah menang liga 2 kali dalam tempoh 6 tahun ni.

Beli pemain? 500 juta pound dibelanjakan untuk beli pemain, tapi... SEDIH! 

Adakah dah terkena badi Liverpool sebab kerap sangat mengejek mereka?

Perbezaan ketara antara United dulu dan sekarang ialah budaya kelab itu.

Pada era kegemilangan Sir Alex Ferguson, budaya United ialah pemain pentingnya mesti daripada akademi mereka sendiri selain miliki polisi beli pemain yang ada potensi menjadi bintang.

Tapi, lepas Ferguson bersara budaya ni terus dicampak ke tepi.

Sebab kelab nak 'instant success', pemain seperti Fellaini, Di Maria, Blind, Depay, Schneiderlin dan Mkhitaryan dibeli.

6 pemain ini dibeli dengan jumlah harga 185 juta pound dan kini seorang pun dah tak main untuk United!

Pepatah mengatakan hidup ini ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah.

Sekarang ni, Manchester United jelas bukan berada di atas.

Kalau dilihat, Liverpool dan Tottenham pun bukanlah jadi hebat dalam sekelip mata selepas pelantikan Klopp dan Pochetino.

Prestasi kedua-dua kelab itu meningkat secara berperingkat - apa yang penting ialah kedua-dua pengurus ini diberi masa untuk bentuk pasukan mereka! 

Jadi, sepatutnya United bagi masa yang secukupnya kepada pengurusnya untuk melakukan perkara sama!

Lihatlah nasib David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho. Berapa lama mereka jadi pengurus United?

Klopp jadi pengurus Liverpool dah 4 tahun dan masih tiada piala. Tenang dan bersahaja je Liverpool percayakan dia.

Pochettino 4 tahun, 2 tahun terakhir tak beli pemain piala pun tak ada - final Champions League.

Nampak tak template dia? Masa, kesabaran dan keyakinan kepada pengurus. Itulah ramuan terpenting kejayaan sesebuah pasukan bola sepak.

Untuk berlaku adil kepada pengendali sekarang iaitu Ole Gunnar Solskjaer, United sepatutnya berikan masa dan kepercayaan untuk bentuk pasukan yang dia inginkan... Kemudian barulah dinilai semula prestasinya.

Mana lah tahu, "Next year is our year!". Tak gitu?

- Karami Kamel -


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan Gegar dibawakan kepada anda oleh Caltex dengan Techron pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi