Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Stress Antara Punca Tabiat Makan Berlebihan

Bahaya makan berlebihan ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan anda!
Editor
15 Oct 2020, 12:08 PM

Kita semua tahu tidur selepas makan, bukanlah sesuatu yang bagus. Berikut dikongsikan saranan seorang pakar diet tentang langkah yang boleh dibuat selepas menjamu makanan yang banyak untuk mengurangkan risiko kepada diri sendiri.

 

  1. Berjalan selama 10 minit. Selepas kita penat menggunakan otot mulut untuk mengunyah makanan, sangat elok sekiranya kita menggunakan pula otot kaki untuk berjalan. Ambil udara segar di luar. Perlakuan ini bukanlah bertujuan untuk bakar balik kalori yang kita dah makan tadi, tetapi sebagai langkah melancarkan lagi pencernaan makanan dan mungkin boleh mengawal kadar gula dalam darah. 
  2. Ambil nafas, relaks dan jangan tertekan dengan keputusan anda untuk memakan separuh ekor kambing panggang bersama kuah mushroom dan black pepper itu tadi. Jangan terlalu menghukum diri, terutamanya jika perkara sebegini jarang anda lakukan. Kajian menunjukkan sekiranya anda berasa tertekan selepas makan dalam kuantiti yang banyak, ini akan mengundang risiko tabiat makan berlebihan. Ambil pengajaran dan jangan ulangi perlakuan tersebut.
  3. Minum air kosong. Dengan meminum air selepas makan, ia dapat menyahkan sedikit kandungan garam atau sodium yang telah dimakan.  Tetapi, jangan minum terlalu banyak jika anda terlalu kenyang. Memadai dengan satu cawan air kosong selepas satu sesi makan yang besar dan pastikan anda sentiasa minum air sepanjang hari tersebut.
  4. Ambil probiotik. Probiotik adalah mikroorganisma yang boleh dijumpai di dalam yogurt atau makanan yang berkultur. Ia dapat membantu dalam pencernaan dan penyerapan khasiat dalam makanan.
  5. Rancang pemakanan anda.  Sediakan plan supaya anda tidak terlebih makan pada satu-satu masa.  Pastikan dalam setiap hidangan itu, terdiri daripada kumpulan makanan yang disarankan mengikut kuantiti yang bersesuaian. 

stress antara punca tabiat makan berlebihan

Sentiasa beringat ketika kita makan. Pakar menyarankan kita untuk mengunyah sebanyak 20-30 kali bagi setiap suapan dan jangan makan sambil menonton televisyen atau telefon bimbit anda. Fokus ketika makan supaya kita sedar kuantiti dan kualiti makanan yang disuapkan ke dalam mulut kita. Hal ini dapat membantu menghindari pemakanan yang berlebihan.

Sumber: Piedmont Healthcare 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}