Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Penting Ambil Vaksin Bagi Pencegahan Influenza!

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang boleh dijangkiti kepada individu lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin.

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang boleh dijangkiti kepada individu lain melalui titisan salur pernafasan apabila bercakap, batuk atau bersin. Gejala jangkitan boleh menjadi ringan mahupun serius dan ia juga boleh mengancamkan nyawa pesakit yang dijangkiti dengan penyakit ini.

Gejala influenza akan bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti. Simpton-simpton influenza meliputi:

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)

Cara yang paling terbaik untuk mencegah daripada mendapat jangkitan influenza ini adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan ke atas. Tetapi selain daripada vaksinasi, langkah pencegahan seperti berikut juga boleh diamalkan.

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
  • Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
  • Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
  • Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.

langkah pencegahan influenza

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}