Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Ikan Paus Rupanya Ada Fungsi Penting Dalam Lautan

Setiap ciptaan Tuhan itu ada fungsinya tersendiri kan?
Editor
10 Oct 2020, 07:00 AM

Ikan paus merupakan mamalia yang terbesar pernah direkodkan di dunia. Haiwan megah ini merupakan seekor makhluk yang amat indah dan menakjubkan. Baru-baru ini, pakar pengkaji menunjukkan bahawa ia dapat membantu dunia dalam melawan fenomena perubahan iklim dan pemanasan global.

ikan paus rupanya ada fungsi lain dalam lautan iaitu kawal suhu bumi

Para pengkaji telah meletakkan harga bagi mengukur sejauh mana kepentingan seekor ikan paus. International Monetary fund (IMF) telah menganggarkan nilai sebanyak USD2 juta untuk seekor paus menjadikan stok ikan paus secara keseluruhannya adalah pada USD1 trillion.

ikan paus rupanya ada fungsi lain dalam lautan iaitu kawal suhu bumi

Haiwan mamalia tersebut mempunyai kitaran hidup sepanjang 60 tahun dan boleh menyerap sebanyak 33 tan CO2 dan apabila mereka mati, bangkai akan tenggelam ke dasar laut dan memerangkap CO2 yang mungkin akan dikeluarkan di bawah lautan untuk beratus tahun.

Rutin ikan paus seharian menyumbang kepada pertumbuhan phytoplankton. Phytoplankton adalah hidupan kecil yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop yang hidup di permukaan air. Bayangkan betapa luasnya lautan dan betapabanyaknya bilangan mereka kerana hampir kesemua bahagian lautan lepas mengandungi phytoplankton ini!

 Ia menjalankan proses fotosintesis yang menukarkan CO2 kepada oksigen. Walaupun saiznya kecil, oleh kerana bilangannya yang banyak sebenarnya menyumbangkan 50% daripada kandungan oksigen di udara kita.

ikan paus rupanya ada fungsi lain dalam lautan iaitu kawal suhu bumi

Pertumbuhan phytoplankton, walaupun 1% adalah bersamaan kepada 2 billion pokok dewasa dlam penyerapan CO2 dari atmosfera.

Populasi ikan paus di dunia sebenarnya berada pada keadaan yang berisiko - hal ini menyumbang kepada iklim sedunia. Aktiviti memeburu paus secara komersial sebenarnya telah diharamkan sejak tahun 1986. Namun terdapat 3 negara yang enggan akur dan masih menjalankan aktiviti tersebut, iaitu, Jepun, Iceland dan Norway.

Hampir 1000 ekor ikan paus diburu setiap tahun. Mereka juga terancam dengan pelanggaran dengan kapal, jaring ikan dan pencemaran plastik di lautan.

ikan paus rupanya ada fungsi lain dalam lautan iaitu kawal suhu bumi

Sudah tiba masanya kita sedar kepentingan ikan paus dalam ekosistem kita dan lautan secara umunya. Lebih 70% daripada permukaan bumi ini adalah lautan. Walaupun ia mengandungi lebih banyak misteri yang belum dapat kita terokai, kita perlu menjaganya demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sumber: World Economic Forum

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}