Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Perhimpunan Kecoh Gara - Gara Histeria

Editor
19 Jul 2018, 01:08 PM

perhimpunan kecoh gara - gara histeria

Kredit : Berita Harian.

Seramai 39 pelajar diserang histeria ketika perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketereh, di sini, jam 7.30 pagi tadi.

Selepas pelajar terbabit dirawat dan dibenarkan pulang, lima guru pula diserang histeria sehingga suasana di sekolah itu menjadi agak 'menakutkan'.

Pengetuanya, Norriha Abd Rahman, ketika ditemui berkata kejadian itu berlaku di dewan terbuka ketika pelajar sedang menghadiri sesi perhimpunan pagi sekolah berkenaan.

Beliau berkata, mereka baru sahaja selesai membaca al-Quran sebelum seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua menjerit dan 'merebak' kepada pelajar lain.

"Kejadian histeria bermula semalam lagi apabila pelajar itu juga diserang histeria ketika perhimpunan, namun hanya membabitkan empat pelajar.

"Hari ini, pelajar sama diserang histeria sekali lagi dan berjangkit kepada pelajar perempuan lain membabitkan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam," katanya.

Norriha berkata, histeria berlaku kira-kira 40 minit sebelum pelajar berkenaan dirawat oleh pengamal rawatan Islam daripada Darussyifa' seperti diarahkan Jabatan Pendidikan (JPN) Kelantan.

Beliau berkata, pelajar yang dirawat terbabit kemudian dibenarkan pulang.

"Atas faktor keselamatan dan arahan JPN, sesi persekolahan ditamatkan lebih awal, iaitu pada jam 11 pagi, dengan semua pelajar dibenarkan pulang," katanya.

Sementara itu, pemberita sendiri menyaksikan beberapa guru pula diserang histeria di sekolah terbabit, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Guru terbabit tiba-tiba menjerit dan menangis sebelum dirawat dengan bacaan al-Quran oleh Pengarah Darussyifa' Kelantan, Ustaz Zaki Ya.

Zaki berkata, beliau ke sekolah itu selepas dihubungi pihak JPN dan mendapati keadaan agak kecoh apabila pelajar yang diserang histeria sedang menjerit serta berkelakuan agresif.

"Saya dibantu empat ustaz daripada Darussyifa' dan kami memberi rawatan kepada pelajar sebelum membenarkan mereka pulang.

"Kebiasaannya, histeria berkumpulan ini disebabkan gangguan makhluk halus," katanya.

Difahamkan, pihak sekolah itu akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin, malam ini, bagi memohon keselamatan warganya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}