Menerusi satu entri di instagramnya, penyanyi popular, Justin Bieber mengesahkan status perkahwinannya dengan model Hailey Baldwin. Foto tersebut merakamkan Bieber sedang bersiar-siar sambil memegang tangan Baldwin.
“My wife is awesome,” tulisnya ringkas.
Pasangan Bieber-Baldwin sebelum ini dilaporkan bertunang pada musim panas baru-baru ini manakala pada September lalu media melaporkan Bieber dan Baldwin sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat.
Kredit: Instagram @justinbieber