Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Empat anggota keselamatan Thailand cedera dalam insiden letupan bom Sungai Golok

Empat anggota keselamatan Thailand cedera dalam insiden letupan bom Sungai Golok
Abdul Muadzar Azizan.
29 Apr 2024, 04:24 PM

empat anggota keselamatan thailand cedera dalam insiden letupan bom sungai golok

Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom yang dipercayai diletakkan oleh penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok, Thailand, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Pol. Col. Jadsadavit Inprapan berkata kejadian berlaku pada pukul 12.05 tengah malam ketika anggota tentera dalam perjalanan menjalankan tugas keselamatan di Bandar Sungai Golok menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Beliau juga turut mengesyaki penjenayah menanam bom di kawasan laluan kenderaan anggota keselamatan berkenaan.

"Ketika tiba di simpang tiga berdekatan pangkalan, telah berlaku satu letupan dan penyerang turut menembak menggunakan pistol. Anggota keselamatan membalas tembakan itu sebelum penyerang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada Bernama hari ini.

Empat anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Gorok untuk rawatan.

Pol. Col. Jadsadavit Inprapan berkata selepas siasatan awal, polis menemui model sedan putih di tempat kejadian dengan plat lesen dari negara jiran.

Berikutan kejadian itu, pasukan keselamatan Thailand telah meningkatkan penguatkuasaan sempadan bagi menghalang pergerakan bebas penjenayah  di kawasan itu.

Pagi tadi Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memberitahu bahawa polis telah meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai datang dari sekitar kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.

Sumber : Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}